August 3, 2010

Male nurse

MALE NURSE..?

Adakah kamu kamu perasan akan wujudnya MALE NURSE kat hospital-hospital berdekatan anda ? Well, saya tahu wujudnya male nurse tapi masa kami praktikal kat Queen Elizabeth Hospital, KK dulu..jarang gila nampak male nurse. Memang tak adalah rasanya. Mungkin belum sampai sabah kot. Well, that's not the point..Tak lama lagi adalah tu kot kat Sabah..:)

Male nurse kalau kat negara orang putih sana dah lama famous. Kat Malaysia saja yang baru nak menapak. Kalau kamu kamu yang lelaki jadi pesakit dalam wad dan ditakdirkan masa tu kamu patah kaki, tak dapat nak bangun pergi toilet dan satu satu cara untuk kamu kencing adalah di katil dalam botol urine yang disediakan, siapa yang kamu akan pilih untuk tolong kamu...nurse perempuan atau nurse lelaki. ???

Kalau saya lelaki, of course saya nak lelaki tolong. Sepanjang 3 weeks of working life, saya memang salute habis sama nurse lelaki. Cukup sabar untuk layan kerenah pesakit.Well, memang la cuci berak, angkat pesakit, suap makanan, cuci-cuci semua memang kerja diorang.. tapi kalau kamu kamu semua di tempat saya, yang mana dapat tengok dengan mata kepala sendiri macam mana diorang layan pesakit, kamu pasti confirm akan jatuh hati lah sama male nurse..wink wink

Saya tak kata nurse perempuan tak baik. Semua memang baik, lemah lembut, ayu, cantik gitu. Tapi, ye la. Orang perempuan memanglah azali baik dan lemah lembut you. Layan pesakit semua dengan senyuman manis je kan. Tapi bila ada lelaki yang boleh tahan dan sabar dengan kerenah pesakit, cuci berak semua..mana-mana perempuan tengok pun boleh cair you. Well, that's not the point. nanti kamu kamu kata saya gatal pula kan..:)

The point is ada certain orang yang masih anggap male nurse ni lelaki lembut, ada parents yang masih kolot mengatakan kerja nurse atau misi hanya untuk wanita. Well, u all silap. Sekali sekala sila datang ke wad dan observe, betapa perlunya male nurse di wad wad kami. Siapa yang nak angkat pesakit yang berat, siapa yang nak tolong cuci berak pakcik umur 80 yang tak boleh bangun, siapa yang nak buat dressing kat bahagian sulit lelaki lelaki kat wad dan siapa pula nak tolong pakcik pakcik yg dah tak larat duduk atas wheelchair and  the list will goes on...

So, buka minda. Male nurse adalah kerja yang noble dan sila jangan pandang lekeh pada mereka ye..hehe


p/s: mak, kalau nak carikan saya suami, saya nak male nurse bole tak.? hehehe

2 comments:

MarsMaseira said...

ooo nak male nurse ye?

nway chap, I did find male nurses are attractive (pengaruh cite omputih), and male doctors are HOT :P :P :P (except for the nerd ones HE HE HEEEE)

syafiqa salim said...

male nurse are attractive tu aku setuju tp male doctors are hot tuh..
mmmmm, maybe dlm grey's anatomy je kot.hihi