August 22, 2010

Duit raya

Raya dengan duit raya macam sudu dengan garfu, macam roti dengan kaya, macam pau dengan inti tausa, macam nasi lemak dengan sambal sotong (ok, mentang-mentang bulan puasa, contoh aku semuanya makanan:)  ..memang takkan boleh dipisahkan. Terutamanya masa kita kecil-kecil dulu.

Masa saya kecil-kecil dulu, malam sebelum raya, ayah dan mak selalu main-main dengan kami. Kononnya tahun tu mak dan ayah tak dapat bagi duit raya sebab tak cukup duit. Fuh, tersentap hatiku bila dengar. Tapi sebenarnya mereka gurau je. Tak pernah pun mereka tak bagi duit raya. malahan, sampai sekarang pun saya masih AKAN dapat duit raya. HEHE. Ayah saya kata duit raya boleh diberi selagi saya tak kahwin. Oh, malaslah nak kahwin macam ni.HAHA

Masih saya ingat, time kami adik beradik sekolah rendah dulu, kami akan lawan duit raya siapa paling banyak. Yang ni saya rasa mana- mana budak kecil pun mesti berlumba nak dapat banyak duit raya kan. Tapi yang tak bestnya, walaupun saya yang selalu akan menang dalam perlumbaan DUIT raya ni, mak dan ayah still akan topupkan duit raya untuk adik-adik saya. Kononnya nak bagi sama rata dengan duit saya. CIs!..:) 

Satu lagi pasal duit raya yang saya ingat gila, masa kat UMS dulu, saya cuma dapat cuti raya 3, 4 hari je. So, tak sempatlah nak beraya sakan kat rumah pakcik makcik semua. Bila tak dapat beraya sakan, mestilah tak dapat duit raya (OK, harus diingat ketika ini saya sudah berumur 20-an.hehe).  So, saya sangka mestilah duit raya akan jadi sikit gila berbanding adik-adik saya. Rupa-rupanya makcik dan pakcik saya still sediakan duit raya untuk saya dan walaupun tak dapat jumpa diorang tapi duit raya still dapat. Kiranya, diorang kirim kat mak ayah saya lah. Haha, heaven gila!

Sekarang bila dah kerja, dan dah dapat gaji, tak sabar rasanya nak bagi duit raya kat orang tahun ini. Dan yang pasti, saya dah tak nak duit raya dari makcik pakcik lagi. Kalau kawan tempat kerja tahu yang saya still dapat duit raya, buat malu je.HIHI. Kepada adik-adik plus sepupu sepapat, tunggulah duit raya kak long OK. Walaupun rasanya tahun ni tak dapat cuti.HUHU

p/s: To mak dan ayah, saya masih mau duit raya, boleh tak.HEHE




August 3, 2010

Male nurse

MALE NURSE..?

Adakah kamu kamu perasan akan wujudnya MALE NURSE kat hospital-hospital berdekatan anda ? Well, saya tahu wujudnya male nurse tapi masa kami praktikal kat Queen Elizabeth Hospital, KK dulu..jarang gila nampak male nurse. Memang tak adalah rasanya. Mungkin belum sampai sabah kot. Well, that's not the point..Tak lama lagi adalah tu kot kat Sabah..:)

Male nurse kalau kat negara orang putih sana dah lama famous. Kat Malaysia saja yang baru nak menapak. Kalau kamu kamu yang lelaki jadi pesakit dalam wad dan ditakdirkan masa tu kamu patah kaki, tak dapat nak bangun pergi toilet dan satu satu cara untuk kamu kencing adalah di katil dalam botol urine yang disediakan, siapa yang kamu akan pilih untuk tolong kamu...nurse perempuan atau nurse lelaki. ???

Kalau saya lelaki, of course saya nak lelaki tolong. Sepanjang 3 weeks of working life, saya memang salute habis sama nurse lelaki. Cukup sabar untuk layan kerenah pesakit.Well, memang la cuci berak, angkat pesakit, suap makanan, cuci-cuci semua memang kerja diorang.. tapi kalau kamu kamu semua di tempat saya, yang mana dapat tengok dengan mata kepala sendiri macam mana diorang layan pesakit, kamu pasti confirm akan jatuh hati lah sama male nurse..wink wink

Saya tak kata nurse perempuan tak baik. Semua memang baik, lemah lembut, ayu, cantik gitu. Tapi, ye la. Orang perempuan memanglah azali baik dan lemah lembut you. Layan pesakit semua dengan senyuman manis je kan. Tapi bila ada lelaki yang boleh tahan dan sabar dengan kerenah pesakit, cuci berak semua..mana-mana perempuan tengok pun boleh cair you. Well, that's not the point. nanti kamu kamu kata saya gatal pula kan..:)

The point is ada certain orang yang masih anggap male nurse ni lelaki lembut, ada parents yang masih kolot mengatakan kerja nurse atau misi hanya untuk wanita. Well, u all silap. Sekali sekala sila datang ke wad dan observe, betapa perlunya male nurse di wad wad kami. Siapa yang nak angkat pesakit yang berat, siapa yang nak tolong cuci berak pakcik umur 80 yang tak boleh bangun, siapa yang nak buat dressing kat bahagian sulit lelaki lelaki kat wad dan siapa pula nak tolong pakcik pakcik yg dah tak larat duduk atas wheelchair and  the list will goes on...

So, buka minda. Male nurse adalah kerja yang noble dan sila jangan pandang lekeh pada mereka ye..hehe


p/s: mak, kalau nak carikan saya suami, saya nak male nurse bole tak.? hehehe

August 2, 2010

NEW LIFE

Berbroadband baru bermakna saya akan sentiasa beronline dan akan sentiasa aktif berfacebook. Yeay! This is the best present ever sempena saya start kerja.:)

Akhirnya, after 2 weeks of sweating and smelly me (sebab asyik balik jam 12 malam), habis juga tagging saya. LEGA tahap gaban tu.

Semua orang ingat bila jadi doktor.., gaji besar, kerja BEST, pangkat tinggi, sentiasa dipandang tinggi dan menjadi idaman mak mak mertua ( Ok, ni saja saja aku tambah.:) ..Tapi hakikatnya, kalau tak tahan mental dan fizikal jangan cuba-cuba nak jadi doktor. Saya tak adalah kata yang saya ni superpower. Saya sendiri masih cuba nak adapt dengan hidup baru. Well, kerja apa pun mesti banyak cabaran. Apa korang ingat kerja-kerja lain senang ke? Nak business kena ada modal, kalau engineer kena buat paper work banyak, kerja cleaner sekali pun tak senang. So, just enjoy saja apa yang ada depan mata kita.

Tagging time is the exhausted time ever. Pergi kerja awal jam 6.30 pagi dan balik lebih kurang 12 malam. 14 days non stop. Tapi bagi aku, tagging time is the best time ever for you to learn, to adapt to this new life, to get to know who is the scariest specialist, who is the best nurse, which senior Houseman you can rely on and so many things to learn. Well, I'm still learning and have to learn a lot of things! ..

Habis saja tagging, officially saya ada tanggungjawab penuh pada patient saya. Kalau saya lambat hantar darah, patient akan lambat pergi operation. Kalau saya tak monitor glucose patient baik-baik, bila patient ada hypoglycemia (kurang gula dalam darah), sekali lagi operation terpaksa postponed. kalau saya tak berjaya ambil darah, terpaksa cucuk patient 2, 3 kali. Kalau saya lambat attend patient, patient akan sakit plus kalau patient tu kanak-kanak, dah nangis teresak-esak. Kalau saya buat silap, 1st ada possibilities kena marah dengan specialist atau MO tapi itu tak apa lagi. Yang penting, kalau saya buat silap, ada possibilities yang patient akan sakit atau kena postponed operation atau the worst case scenario, patient akan collapse.

So, di manakah bestnya kerja manusia seperti saya? It depends to you. Pada saya, once saya dapat buat something yang beneficial untuk patient-patient saya, that is enogh for me to be happy, enough for me to smile and enough for me to sleep tught.:)

Just one thing, bila aku start kerja..semua orang sibuk tanya bila doktor nak kahwin? Boyfriend doktor kerja mana? Boyfriend doktor pun doktor juga ke?  Aduh, macam mana saya mahu jawab. Kalau teringin sangat nak rasa nasi minyak saya, carikan lah, apa lagi. Takkan tanya je kan..Sebab saya sendiri belum ada jawapan kepada mana-mana soalan tu sampai sekarang..:)