August 22, 2010

Duit raya

Raya dengan duit raya macam sudu dengan garfu, macam roti dengan kaya, macam pau dengan inti tausa, macam nasi lemak dengan sambal sotong (ok, mentang-mentang bulan puasa, contoh aku semuanya makanan:)  ..memang takkan boleh dipisahkan. Terutamanya masa kita kecil-kecil dulu.

Masa saya kecil-kecil dulu, malam sebelum raya, ayah dan mak selalu main-main dengan kami. Kononnya tahun tu mak dan ayah tak dapat bagi duit raya sebab tak cukup duit. Fuh, tersentap hatiku bila dengar. Tapi sebenarnya mereka gurau je. Tak pernah pun mereka tak bagi duit raya. malahan, sampai sekarang pun saya masih AKAN dapat duit raya. HEHE. Ayah saya kata duit raya boleh diberi selagi saya tak kahwin. Oh, malaslah nak kahwin macam ni.HAHA

Masih saya ingat, time kami adik beradik sekolah rendah dulu, kami akan lawan duit raya siapa paling banyak. Yang ni saya rasa mana- mana budak kecil pun mesti berlumba nak dapat banyak duit raya kan. Tapi yang tak bestnya, walaupun saya yang selalu akan menang dalam perlumbaan DUIT raya ni, mak dan ayah still akan topupkan duit raya untuk adik-adik saya. Kononnya nak bagi sama rata dengan duit saya. CIs!..:) 

Satu lagi pasal duit raya yang saya ingat gila, masa kat UMS dulu, saya cuma dapat cuti raya 3, 4 hari je. So, tak sempatlah nak beraya sakan kat rumah pakcik makcik semua. Bila tak dapat beraya sakan, mestilah tak dapat duit raya (OK, harus diingat ketika ini saya sudah berumur 20-an.hehe).  So, saya sangka mestilah duit raya akan jadi sikit gila berbanding adik-adik saya. Rupa-rupanya makcik dan pakcik saya still sediakan duit raya untuk saya dan walaupun tak dapat jumpa diorang tapi duit raya still dapat. Kiranya, diorang kirim kat mak ayah saya lah. Haha, heaven gila!

Sekarang bila dah kerja, dan dah dapat gaji, tak sabar rasanya nak bagi duit raya kat orang tahun ini. Dan yang pasti, saya dah tak nak duit raya dari makcik pakcik lagi. Kalau kawan tempat kerja tahu yang saya still dapat duit raya, buat malu je.HIHI. Kepada adik-adik plus sepupu sepapat, tunggulah duit raya kak long OK. Walaupun rasanya tahun ni tak dapat cuti.HUHU

p/s: To mak dan ayah, saya masih mau duit raya, boleh tak.HEHE




4 comments:

yatiHanuni said...

boleh la pos kan duet raye dr.syafiqa kat saye sama...
yayyyy!

MarsMaseira said...

oh bes nye "selagi belum kawin boleh dapat duit raye", mcm budaya masyarakat Cina, kan?

ako pon kdg2 still dpt duit raye lagi, sebab atok sedara ako yang berwawasan tinggi kate, "berkat bagi duit pada orang yg tgh menuntut ilmu".

jadi kalau turun KL nnt bleh lah bwk duit raye lebih ckit utk org yg tgh menuntut ilmu ni ye :P :P

syafiqa salim said...

nunie: errr..duit raya die x bole pos2. kalo nak kena dtg muar.hahaha

masirah: hehe, bagusnye atok sedare ko. so lama lagi la ko bole dapat duit raya..sampai dpt pHd kot.haha

iNsPirAsi HaTiku said...

best nye, dpt duit raya lg...huk3...